KELAYAKAN MEMASUKI PUSBA

       
         
  Semua lapisan saudara baru yang telah mendaftar di Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.

Keutamaan di berikan kepada mereka yang memeluk agama islam di negeri Kedah.

Antara kaum yang pernah mengikuti kursus di PUSBA ialah cina, india, indonesia, kemboja, thai, iban, murut, bidayuh, asli, bajau dan lain-lain.

 
         
         
 

KURSUS DAN PENDAFTARAN

       
         
  Terdapat dua jenis kursus:

1. Kursus intensif 3 bulan:

  • Pendaftaran percuma, makan minum sehari lima kali  disediakan oleh katering, kemudahan asrama, kemudahan pengajian berhawa dingin, kemudian tempat sembahyang, elaun bulanan RM 100.00 setiap orang.
  • Peserta akan di dedahkan dengan asas-asas yang berkaitan dengan akidah, akhlak, fekah, amali, solat, belajar mengenai bacaan Al-Quran serta tulisan.
  • Kursus mingguan (Sungai Petani, Bedong, Kulim)
  • Setiap hari Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
  • Peserta dibayar RM 10.00 setiap kali kehadiran kecuali peserta di Rumah Seri Kenangan,Bedong kerana telah di bayar oleh pihak kebajikan masyarakat.
  • Penekanan dari aspek tiga aspek iaitu ibadah, akidah dan akhlak.
 
    c    
         
 

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

       
         
 

1. Sesi kaunseling.

  • Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan saudara baru.

2. Khatan / Khitan

  • Peserta lelaki / perempuan yang belum di khitan akan berkhitan di klinik.

3. Perkahwinan.

  • Membantu menyediakan affitdavit mahkamah dan menguruskan perkahwinan untuk peserta saudara baru yang tiada keluarga angkat untuk menolong menguruskan pernikahan mereka.

4. Majlis keramaian.

  • Majlis aidilfitri dan aidil adha, majlis berbuka puasa, praktikal penyembelihan ayam.

5. Penukaran kad pengenalan.

  • Membantu peserta saudara baru untuk menukar kad pengenalan lama mereka kepada nama islam supaya mengelakan mereka mengambil kesempatan untuk kembali kepada agama asal.

6. Lawatan

  • Mengadakan lawatan sambil belajar di sekitar negeri Kedah dan luar negeri Kedah pada setiap penghujung kursus intensif 3 bulan.  Ini membolehkan para peserta merehatkan minda dan melepaskan tekanan setelah lama belajar di PUSBA.

7. Khemah Ibadah

  • Mengadakan kursus khemah ibadah pada setiap penghujung sesi sebagai kemuncak program kursus intensif  3 bulan untuk peserta yang sedang berkursus kerana mereka perlu diberi kerehatan minda sambil belajar dengan mengadakan kursus di luar kawasan.