TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DALAM BIDANG PERUBATAN, TAHUN 2009
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk
memohon biasiswa pendidikan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di dalam
negara (Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan).
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TEMPATAN
KELAYAKAN MEMOHON
1. Islam;
2. Anak negeri Kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah;
3. Berumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup;
4. Pelajar untuk tahun pertama pengajian;
5. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak;
6. Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian; dan
7. Memperoleh CGPA 3.5 ke atas atau setaraf bagi Diploma/Matrikulasi/A-level/Foundation
Studies yang diiktiraf dalam bidang berkaitan.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat-pejabat Cawangan JZNK atau cetak borang di bawah:-
Iklan Tawaran Biasiswa Pendidikan
Borang Pemohonan Biasiswa Pendidikan
Borang Pengesahan Pendapatan (bagi penjaga yang tidak mempunyai penyata gaji atau pencen)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan-salinan dokumen berkaitan
yang telah disahkan, hendaklah diterima oleh pihak JZNK pada atau sebelum 16 Julai 2009.
Tawaran biasiswa ini adalah terhad. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan
dipanggil untuk ditemuduga.