
Bengkel Jahitan Asnaf
"Berilah kail,janganlah di beri ikan".Demikianlah peribahasa lama yang sering kita dengar. Dapat berdikari dengan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kewangan semata-mata. Atas dasar tersebut, Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman merintis jalan ke arah mendidik dan membangunkan kemahiran di kalangan asnaf terutamanya di kalangan asnaf fakir dan miskin bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya. Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Zakat pada 1 Ogos 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan Bengkel Jahitan Asnaf di Aras Tanah, Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.
Untuk permulaan, Bengkel Jahitan Asnaf ini mempunyai 10 pelajar terdiri daripada kalangan asnaf yang di pilih oleh Pegawai Agihan dan Pembangunan Asnaf iaitu Tuan Haji Sofiyuddin Bin Ismail menerusi proses temuduga dan mempunyai seorang tenaga pengajar berpengalaman.Dengan kemudahan peralatan 10 mesin jahit lurus,2 mesin jahit tepi,1 mesin jahit tepi halus dan 1 mesin jahit butang, para pelajar akan di beri latihan secara hands-on selama 3 bulan termasuk elaun sebanyak RM 450.00 sebulan.Setelah tamat latihan,para pelajar akan bekerja di Bengkel Jahitan Asnaf dengan kadar upah mengikut tempahan yang di terima atau melakukan perniagaan jahitan di rumah melalui program Bantuan Jaya Diri.
|
|