| JZNK TERIMA ZAKAT AGRO BANK DI AGROBANK BUSINESS CARNIVAL 2010 |
|
|
| Berita Kutipan |
| Di Sediakan Oleh Siti Mariam |
|
ALOR SETAR, 19 Jun 2010 - Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) telah menerima cek zakat perniagaan daripada Agrobank Caw. Kedah berjumlah RM35,846.00 dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Agrobank sempena Agrobank Business Carnival 2010 (ABC) yang diadakan di Pentas Terbuka Medan Tunku , Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.
Penyerahan replika cek zakat disampaikan oleh Pengarah Urusan Agrobank Y.Bhg Datuk Ahmad Said kepada Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Syeikh Ghazali Bin Hj. Yaacob dan disaksikan oleh Pengurus Agrobank Cawangan Kedah & Perlis, Encik Subri bin Md. Noh. Kesedaran menunaikan kewajipan zakat telah berubah mengikut peredaran zaman. Namun, peningkatan zakat khasnya diperolehi atas kesedaran syarikat-syarikat besar yang menunaikan zakat perniagaan mereka setiap tahun. Demikian ucapan daripada Y.Bhg Dato’ Syeikh Ghazali Bin Hj Yaacob pada majlis tersebut. Agrobank telah memperuntukkan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2009 kepada asnaf yang layak. Sebahagian peruntukkan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah dan sebahagian lagi telah diserahkan kepada beberapa penerima lain antaranya Masjid Kampung Rambong, Pulai, Baling,Sekolah Kebangsaan Peremba, Masjid Pekan Sik, Rumah Penyayang Wadi Sakinah, Rumah Anak-anak Yatim Alor Adi, Kupang, Asrama anak-anak Yatim Dan Miskin, Kampung Teluk Teduri, Baling dan Rumah Anak-anak Yatim Baitul Ehsan, Kuala Nerang. JZNK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas penyerahan zakat perniagaan ini dan mudah-mudahan Allah SWT memberikan rahmatNYA dan barakah disamping memberkati keuntungan yang diperolehi pada masa akan datang serta menjadi sebuah institusi Perbankan terbaik dirantau dunia. InsyALLAH.
|




