| KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG YAYASAN SULTANAH BAHIYAH |
|
|
| Program Semasa |
| Di Sediakan Oleh Siti Mariam |
|
Alor Setar - 21 Mei 2010 Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman telah dijemput untuk membuka kaunter bagi menjayakan Pameran Kerjaya Dan Akademik sempena Karnival Amal Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah yang telah bermula pada 08.00 pagi – 06.00 petang di samping menyedarkan orang ramai tentang tentang kepentingan zakat dalam kehidupan sebagai umat Islam hari ini. Seramai 12 kakitangan JZNK telah bertugas bagi menjayakan pameran tersebut yang diadakan selama dua hari berturut-turut yang diketuai oleh En. Mohd Fitri B. Mansor selaku pegawai korporat dan ketua petugas pada hari tersebut . Objektif utama Jabatan Zakat Negeri Kedah menyertai pameran tersebut adalah untuk memberi informasi tentang kepentingan pembayaran zakat disamping mengenal pasti permasalahan pembayaran zakat dikalangan orang ramai samada zakat pendapatan,zakat perniagaan, zakat emas, zakat pertanian, zakat wang simpanan, zakat ternakan mahupun zakat fitrah. Pameran tersebut telah selamat dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada majlis pembukaan Hari Penyayang 2010 tersebut. Antara agensi yang mengambil bahagian dalam pameran ini ialah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kedah, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah, IPTA/IPTS dan sebagainya.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pameran berlangsung seperti pertandingan mewarna, futsal, pertunjukan kereta drift, pertandingan paint ball, larian bendang, pertandingan memancing dan lain-lain.
|



