SEMINAR KECEMERLANGAN BERSAMA PELANGGAN KORPORAT
| SEMINAR KECEMERLANGAN BERSAMA PELANGGAN KORPORAT |
|
|
| Program Semasa |
| Di Sediakan Oleh Siti Mariam |
|
JITRA - 10 JUN 2010 Seminar yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dihadiri oleh 23 orang peserta daripada 25 orang yang telah dijemput menghadiri seminar tersebut. Kesemua mereka telah mewakili syarikat masing-masing. Antara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi menjayakan seminar ini ialah Tenaga Nasional Berhad, Permintex Autoparts (M) Sdn. Bhd., Yiked Holdings Sdn. Bhd., Hotel Bustani, Federation of Malaysia Manufacturers,Bank Simpanan Nasional Caw. Jitra, PPK Kaw. Sinar Bahagia, Bank Rakyat Caw. Jitra, Sime Tyres Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia. Selain itu, seminar tersebut adalah percuma sebagai memberi tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan syarikat korporat kerana terus memilih JZNK sebagai pusat untuk menyumbangkan zakat perniagaan mereka dan selaras dengan dakwah serta penerangan. Tidak ketinggalan juga, seminar ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan ukuwah diantara JZNK dan pelanggan-pelanggan syarikat korporat yang telah membayar zakat mahupun pelanggan-pelanggan yang berpotensi untuk membayar zakat disamping mewujudkan kesedaran, kewajipan dan hikmah membayar zakat kepada para peserta. Disamping itu juga, memberi maklumat, perkongsian pengalaman serta percambahan minda diantara satu sama lain. Terdapat pelbagai pengisian yang telah dirangka untuk para peserta memberikan sepenuh perhatian mereka terhadap agenda seminar yang dilaksanakan. Antara slot yang mendapat sambutan ialah sesi ceramah oleh Dr. Ahmad Bashir @ Zolmat B. Aziz selaku Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia dalam membincangkan “Islamic Work Ethics Culture” dalam organisasi sekarang. Manakala sesi ‘JZNK Bersama Anda’ telah disampaikan oleh Ust. Mohd Sani Harun, Eksekutif Zakat. Seterusnya slot sebelah petangnya pula ceramah mengenai ‘Tanggungjawab Sosial Korporat’ (CSR) oleh Dr. Hj. Syd Abdul Rahman Hj. Syd Zin. Dengan demikian itu, terdapat pelbagai maklumbalas yang positif yang dapat dikongsi bersama-sama sepanjang bengkel tersebut dijalankan samada antara peserta-peserta mahupun penceramah. Dengan terlaksananya Seminar Kecemerlangan Bersama Pelanggan Korporat ini mudah-mudahan dapat mencapai tujuan sebenar yang diharapkan disamping menguatkan lagi hubungan ukuwah diantara JZNK dan pelanggan-pelanggan syarikat korporat yang terjalin selama ini. |



