| JZNK JAYAKAN PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA PENGHUNI PONDOK MISBAH AL-FALAH |
|
|
| Berita - Program Semasa |
| Di Sediakan Oleh Siti Mariam |
|
PARIT PANJANG, 01 Februari 2012
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Baling (PZD Baling) dan Madrasah Misbah Al-Falah telah menjayakan Program Jalinan Mesra Zakat Kedah & Media Bersama Penghuni Pondok Misbah Al-Falah. Pengarah program, Encik Mohd Nasri Ab Ghani berkata program sebegini julung kali diadakan. Tujuan utama program ini bagi mengeratkan lagi ukhwah penghuni-penghuni pondok dengan JZNK. Selain itu masyarakat luar akan mengetahui cara dan bentuk pengagihan zakat kepada asnaf melalui saluran media.
Program ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob. Kehadiran beliau sangat dinanti-nantikan warga pondok Misbah Al-Falah. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Habibul Mustafa yang terdiri daripada pelajar-pelajar Madrasah Misbah Al-Falah. Ucapan aluan disampaikan oleh Mudir Madrasah Misbah Al-Falah, Ustaz Md. Mokhtar bin Haji Umar Zuhdi. Beliau melahirkan rasa syukur dan terharu di atas program yang dijalankan ini dan kesudian Dato’ Setiausaha untuk turun padang menyampaikan bantuan. Beliau menceritakan Madrasah Misbah Al-Falah ini diasaskan oleh ayahanda beliau Tuan Guru Haji Umar Zuhdi bin Haji Salleh pada tahun 1958. Terdapat tiga kategori penduduk iaitu :
Pembinaan kesemua pondok warga tua ini terbahagi kepada tiga fasa. Setakat ini pondok-pondok tersebut telah didiami oleh 37 warga tua. Pihak madrasah membuka ruang kepada warga-warga tua yang berminat menghuni pondok Misbah Al-Falah yang mana tujuan utamanya ialah memberi pendidikan agama dan ilmu tauhid kepada mereka. Program-program yang dijalankan untuk penghuni pondok bermula waktu Subuh dengan solat berjemaah di Masjid dan diteruskan dengan kuliah dan pengajian Al-Quran sehinggalah waktu Zohor. Kuliah pengajian ini diadakan pada setiap hari dan diajar oleh tenaga-tenaga pengajar di Madrasah Misbah Al-Falah itu sendiri. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Setiausaha Jawatankuasa Zakat, Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob. Beliau memaklumkan Pembinaan Penempatan Watga Tua ini merupakan salah satu daripada pelbagai program bantuan zakat. Setakat ini, JZNK telah membina tiga pusat penempatan warga tua iaitu :
Ujar beliau, tujuan utama penempatan sebegini dibina ialah bagi membantu warga-warga tua yang kurang pengetahuan dalam ilmu agama gagar mereka dapat memanfaatkan masa terluang mereka dengan kelas-kelas pengajian di sini.
JZNK telah menyalurkan hampir RM500,000.00 bagi pembinaan penempatan warga tua di sini dengan tiga fasa pembinaan. Fasa pertama dibina 20 buah pondok. Fasa kedua sebanyak 24 buah pondok diikuti pafa terakhir iaitu fasa ketiga sebanyak 24 buah pondok. Beliau berkata projek terbaru JZNK ialah pembinaan asrama murid miskin di Belantik Sik. Keseluruhan Program Jalinan Mesra ini berjalan lancar dan mendapat maklumbalas yang positif daripada penghuni-penghuni pondok Misbah Al-Falah. Wargakerja JZNK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua dan pengurusan Madrasah Misbah Al-Falah, Parit Panjang, Baling yang menjayakan program ini.
~Lensa Korporat Sekitar Program~
YBhg Dato' Syeikh Ghazali menyampaikan hamper makanan dan wang tunai bantuan zakat kepada salah seorang penghuni pondok
Salah sebuah pondok yang dibina di Madrasah Misbah Al-Falah, Baling
Gambar kenangan bersama penghuni pondok warga tua
|








