[ Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan & Penafian ]

Informasi

Perhatian !
Pembayar-pembayar zakat yang mahu kemaskini butiran sila isikan Borang Kemaskini Pembayar.

Dapatkan borang di bahagian Download atau klik disini


Untuk makluman pembayar zakat pendapatan secara potongan gaji.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan zakat pendapatan dan sebagainya,
sila hubungi :-

Pejabat 04 7331 740

Pengiraan Zakat
Ust. Mohd Fahmi smb 225
Ust. Suraidi smb 132
Ust. Juhan Mokhrij smb 221

Penyata Zakat Tahunan
Pn. Maisaroh smb 117
Pn. Faziana smb 122
Pn. Muniroh smb 100

Semakan dan perubahan alamat juga boleh dibuat bagi mengemaskini maklumat pembayar zakat.

Perbankan Internet


TUANKU ABDUL HALIM SELAMAT DITABAL YANG DIPERTUAN AGONG XIV
TUANKU ABDUL HALIM SELAMAT DITABAL YANG DIPERTUAN AGONG XIV Print E-mail
Berita - Program Semasa
Di Sediakan Oleh Siti Mariam   

KUALA LUMPUR, 11 April 2012

agong_cover

Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong

ke-14 bermula pagi ini di Istana Negara di sini dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

 Seramai l07 anggota Batalion PertamaRejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai

dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum  menerima “Hormat Diraja”

daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu “Negaraku.”


 

300px-tuanku_abdul_halim_of_kedah_as_the_14th_yang_di-pertuan_agong_malaysia1

Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14.

Pemangku Datuk Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini dan para hadirin berdiri dan melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan dan tiupan nafiri serta paluan nobat dengan lagu "Perang" bergema di Balairong Seri

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu "Negaraku" dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

agong3
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, yang merupakan perdana menteri kedua negara.

Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kali ke-226 pada 14 Okt 2011 bagi menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada 12 Dis 2011.

Pada tanggal 13 Dis 2011, sempena Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja kali ke-227, Tuanku Abdul Halim dengan rasminya diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi memerintah negara buat kali yang kedua.

Seluruh rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Kedah Darul Aman merasa bangga dengan pertabalan ini. SPBYD Agong sememangnya dikenali sebagai “Raja Berjiwa Rakyat”.

Seluruh Ahli-Ahli Jawatankuasa Zakat Kedah,

warga kerja Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman

pembayar zakat dan asnaf serta seluruh rakyat negeri Kedah
merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah

kepada

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XIV

AL-MU’TASIMU BILLAHI MUHIBUDDIN

TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Dan

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

TUANKU HAJJAH HAMINAH

sempena

Pertabalan

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV

Pada 11 April 2012 bersamaan 19 Jamadilawal 1433H

DAULAT TUANKU!

 

 
Share |

Nisab Emas 85 gm

Jam Anda

[ Waktu Pejabat ]

Ahad-Rabu : 8.00 pg - 5.00 ptg
Khamis       : 8.00 pg - 3.30 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Waktu Solat

Undian

Maklumat tentang zakat,anda dapatkan daripada mana ?