| JZNK RANGKUL KEJUARAAN HATRIK TEMASYA SUKAN SUNGAI 2012 |
|
|
| Berita - Kelab Kebajikan,Sukan Dan Rekreasi JZNK |
| Di Sediakan Oleh Siti Mariam |
|
ALOR SETAR – 01 April 2012
Bersempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke 84, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, kerajaan negeri sekali lagi menganjurkan Temasya Sukan Sungai 2012 kali ke 81 pada 31 Mac 2012. Pada peringkat akhir temasya ini sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dan menyaksikan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK) sekali lagi merangkul kejuaraan kayuh perahu kategori Pejabat Agama buat kali ke-3 berturut-turut.
Acara dimulakan dengan sembilan anggota tentera membuat terjunan dari ketinggian 8 ribu kaki ke arah sungai dan mereka juga dikejutkan dengan aksi gimik dua buah kereta perisai kondor melepaskan tembakan ke arah kubu pertahanan berupa bangunan putih di Tanjung Chali untuk menggempur pengganas bagi menyelamatkan tebusan. Dalam gimik pelancaran kali ini juga menyaksikan anggota tentera bertindak pantas menyelamatkan seorang pembesar yang dijadikan tebusan. Akhirnya usaha mereka berjaya apabila kubu pertahanan berjaya ditawan dan tebusan dibawa menaiki bot dengan membawa dayung untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Berikut ialah keputusan penuh Temasya Sukan Sungai 2012 : Kategori Perahu Naga Jemputan Antarabangsa Medal A : INDONESIA Kategori Perahu Naga Jemputan Antarabangsa Medal B : BRUNEI DARUSSALAM Kategori Pasukan Beruniform : POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) Kategori Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun : LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA) Kategori Antara Majlis Agama Islam Kedah Dan Jabatan Zakat Negeri Kedah : JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN Kategori Antara Daerah : DAERAH POKOK SENA Kategori Antara Institut Pengajian Tinggi : KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH Kategori Antara Sektor Korporat : BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) Kategori Antara Istana Anak Bukit/Wisma Darul Aman/Yayasan Sultanah Bahiyah : WISMA DARUL AMAN Kategori Antara Pegawai Tadbir Negeri (KCS) dan Pegawai Tadbir Persekutuan : PEGAWAI TADBIR NEGERI (KCS) Kategori Juara Antara Juara (MADA/PDRM/DAERAH POKOK SENA) : MADA Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pemenang. Turut hadir memeriahkan Temasya Sukan Sungai ialah Pengerusi serta Ahli-ahli Majlis Pemangku Raja, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, Menteri Besar, Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak, para anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah serta lain-lain kenamaan. Sekalung TAHNIAH kepada semua pemenang khasnya kepada Pasukan Kayuh Perahu JZNK! ~Lensa Sekitar Temasya Sukan Sungai Ke-81 2012~
|









