|
|
Apakah kepentingan Zakat ?1.Terbilang sebagai Rukun Islam Apakah Keburukan Orang-Orang Yang Tidak Membayar Zakat ?1. Ia merosakkan harta. Sabda Nabi s.a.w :Maksudnya" Tidak bercampur sedekah (zakat) dengan harta melainkan zakat itu akan merosakkan harta ." Riwayat Baihaqi. 2. Menjadi sebab bagi berlakunya kemarau,bencana dan kebuluran.Sabda nabi s.a.w: Maksudnya" Tidak menghalang satu-satu kaum akan zakat melainkan Allah akan menguji mereka dengan kebuluran dan kemarau " Riwayat Tabrani 3. Mendapat azab akhirat.Sabda Nabi s.a.w : Maksudnya "Sesiapa yang Allah kuniakan baginya akan harta lalu tidak menunaikan zakatnya,akan ditegakkan baginya pada hari kiamat akan hartanya sebagai ular jantan botak (kerana banyak bisanya) serta mempunyai dua titik hitam atas matanya.Ular itu akan membelitnya " Riwayat Bukhari Begitu juga azab neraka yang di gambarkan dalam satu hadis ,Maksudnya :"Mana-mana tuan punya emas dan perak yang tidak mengeluarkan zakat melainkan akan di sediakan baginya pada hari kiamat kepingan leburan daripada api ,lalu leburan dibakar dalam neraka jahanam.Kemudian di selar dengan rusuknya,dahinya dan belakang badanya. " Riwayat Muslim 4. Bahkan orang yang enggan membayar zakat boleh di perangi. Sabda Nabi s.a.w ,Maksudnya:" Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat serta menunaikan zakat.Apabila mereka melakukannya maka terpeliharalah darah mereka daripadaku melainkan dengan hak Islam" Riwayat Bukhari. Siapakah Yang Perlu Membayar Zakat ?1.Muslim 2. Baligh dan waras/siuman Berapakah Bahagian Zakat ?1. Zakat Badan / Fitrah Apakah Hukum Mengeluarkan Zakat ?Hukum mengeluarkan zakat adalaha Wajib berdasarkan ayat Al Quran,Maksudnya: Apakah Hikmah Berzakat ?1.Dapat Melatih sifat menderma. Apakah Syarat-Syarat Mengeluarkan Zakat ?1. Pemilikan harta yang sempurna membawa erti harta hak milik sendiri. Apakah Haiwan Ternakan Di Wajibkan Zakat ?Bedasarkan ayat Al Quran,Maksudnya : Oleh itu haiwan yang termasuk dalam kategori itu ialah : Bagaimana Sifat Atau Ciri-Ciri Haiwan Yang Di Katakan Baik Untuk Zakat Ternakan ?1. Sejahtera daripada aib 2. Haiwan yang tidak terlalu tua atau tua. 3.Jantan atau betina. Adakah Emas Campuran Dan Emas Putih Di Kenakan Zakat ?Jika emas putih yang merupakan campuran antara emas dan platanium sampai nisab iaitu 85gm masih belum di wajibkan zakat kerana berat 85 gm itu bukan sepenuhnya.Oleh Itu, hedaklah dipastikan berapakan berat emas tulen dan campuran yang lain. Kenapakah Wang Simpanan Di Kenakan Zakat ?Sebab-sebab wang simpanan di kenakan zakat :- Apakah Dalil Kewajipan Zakat Pendapatan ?"Wahai orang beriman ! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil baik usaha kamu." Ayat 267 Surah Al Baqarah Bilakah Sepatutnya Zakat KWSP Di Keluarkan?Zakat KWSP wajib di bayar apabila wang yang terdapat dalam akaun di keluarkan bagi memenuhi syarat zakat iaitu apapbila sempurna milik. Apakah Semua Jenis Tanaman Perlu Di Zakatkan ?1. Hanya ada empat tanaman sahaja yang di kenakan zakat iaitu gandum (al-hintoh) dan syair.Manakala pada buah-buahan iaitu tamar dan zibab (anggur). Ia berdasarkan satu hadis bahawa Nabi s.a.w hanya memerintahkan agar zakat pertanian (Mafhum hadis riwayat Ibn Majah). 2. Setiap tanaman yang menjadi makanan yang mengenyangkan serta boleh di simpan.Ini termasuklah empat jenis tanaman sebelum ini,di tambah lagi padi dan jagung.Inilah pendapat Imam Syafi'i r.a .Berdasarkan pendapat ini, maka padi wajib dikeluarkan zakat. 3. Semua jenis tanaman diwajibkan zakat kecuali beberapa jenis tanaman sahaja.Antara yang tidak diwajibkan ialah kayu api,buluh dan rumput.Ini antara pandangan Imam Abu Hanifah. Apakah Dalil Kewajipan Zakat Perniagaan ?1. Al Quran menceritakan zakat yang diusahakan .Umumnya perintah Al Quran tanpa mengkhususkan apa-apa adalah suatu isyarat kepada zakat. 2. Ia diperkukuhkan dengan satu sunnah. Samurah biin Jundub r.a berkata ,Maksudnya :"Adalah Nabi S.A.W menyuruh kami mengeluarkan sedekah (zakat daripada apa yang kami sediakan untuk perniagaan." Riwayat Abu Daud 3. Menjadi amalan para sahabat r.a untuk mengeluarkan zakat harta perniagaan. 4. Dari sudut logik, barang-barang perniagaan adalah wang dalam bentuk barang.Ia boleh menghasilkan keuntungan. Apakah Hikmat Zakat Fitrah ?1. Sebagai pembersih daripada daki masksiat dan kekurangan sewaktu berpuasa Siapakah Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah ?Berdasarkan kata Abdullah bin Umar r.a ,Maksudnya :" Nabi s.a.w memfardukan zakat fitrah dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada tepung ke atas hamba dan merdeka , lelaki dan wanita , kanak-kanak dan dewasa daripada orang Islam. " Riwayat Bukhari . Adalah menjadi kewajipan seorang suami membayar zakat bagi ahli keluarganya berdasarkan prinsip siapa yang wajib memberi nafkah. Seorang Isteri Sarat Mengandung 9 Bulan ,Tunggu Masa Dan Ketikanya Untuk Bersalin.Kalau Belum lahir,Adakah Di Kenakan Zakat Fitrah?Janin yang masih dalam kandungan tidak di wajibkan zakat.Kalau wanita hamil sembilan bulan pun ketika hari raya,zakat fitrah tidak dikeluarkan bagi janin tersebut.Kalau hendak dikeluarkan juga,boleh tidak menjadi masalah.Tetapi kalau sudah lahir ke dunia ini maka wajiblah zakat fitrah di bayar dengan syarat agar bayi itu lahir sebelumnya berakhir bulan Ramadan.Kalau lahir pada pagi raya,maka tidaklah wajib zakat fitrah atasnya. Apakah Hukum Terlupa Membayar Zakat Fitrah ?Sebahagian ulama berpendapat bahawa ia adalah haram dan wajib qadho . Sesorang Telah Membayar Zakat Tetapi Terlupa Untuk Berniat Zakat.Bagaimanakah Keadaan Tersebut? Wajibkah Niat?Kebanyakan ulama bersetuju bawaha diperlukan niat dalam masalah zakat.Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w,Maksudnya: " Sesungguhnya amalan itu dengan niat" Riwayat Bukhari.Ibadat mesti dimulai dengan niat.Niat menentukan sama ada perbuatan itu ibadat atau hanya adat.Oleh kerana zakat adalah ibadat,maka niat menjadi syaratnya.Cuma ada sedikit lintasan di hati atau terdetik di hati bahawa zakat yang wajib dikeluarkan ,kalau tidak di sebut di mulut pun,niat zakat tetap sah. Seseorang Telah Meninggal Dunia Sebelum Sempat Menunaikan Zakat. Bagaimana Hukum Hutang Zakat ?Hutang zakat wajib di bayar walaupun sudah mati,harta pusakanya hendaklah dibayar zakat tertunggak sebelum diagihkan kepada waris berdasarkan hadis ,Maksudnya :"Maka hutang kepada Allah lebih berhak dibayar" Riwayat Bukhari. Membayar Zakat Terus Kepada Asnaf Atau Kepada Pengurus Zakat (Pejabat Zakat) ,yang mana satu lebih afdal ?Berdasarkan sabda Nabi s.a.w,Maksudnya: " Ya. Apabila engkau menunaikannya (zakat) kepada wakilku (amil) ,maka engkau telah terlepas daripada tanggungan zakat. Engkau mendapat pahalanya, dan dosanya pula atas orang yang menyeleweng." Riwayat Ahmad . Oleh demikian, membayar zakat kepada pejabat zakat lebih afdal kerana pejabat zakat dapat mengagihkan secara sempurna kepada kesemua 8 asnaf yang berhak mendapat zakat. Bolehkah Si Anak Memberi Harta Zakat Kepada Ibu Bapanya ?Hal ini adalah tidak wajar anak memberi zakat kepada ibu bapa.Ketidakwajaran ini kerana beberapa sebab.Antaranya : 1. Harta si anak adalah juga harta ibu bapa. Sabda Nabi s.a.w,Maksudnya: "Sesungguhnya sebaik-baik benda yang di makan oleh seseorang ialah daripada usahanya. Dan sesungguhnya anaknya daripada usahanya." Riwayat Tirmizi 2. Kalau nafkah wajib diberi,kenapa pula perlu diganti dengan pemberian zakat.Lagipun, manfaat pemberian anak kepada ibu bapa akan kembali juga kepada anak.Oleh itu, pemberian zakat kepada ibu bapa seolah-olah pemberian zakat kepada diri sendiri. Bolehkah Seorang Abang Atau Kakak Memberi Zakat Kepada Adiknya ?Di boleh kan jika adik tersebut tergolong dalam 8 asnaf yang berhak mendapat zakat. Sabda Nabi s.a.w,Maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah,manakala sedekah kepada keluarga ada dua fadilat iaitu fadilat sedekah dan fadilat silaturrahim" .Riwayat Tirmizi Tamat |

Soal Jawab Zakat

