[ Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan & Penafian ]

Informasi

Perhatian !
Pembayar-pembayar zakat yang mahu kemaskini butiran sila isikan Borang Kemaskini Pembayar.

Dapatkan borang di bahagian Download atau klik disini


Untuk makluman pembayar zakat pendapatan secara potongan gaji.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan zakat pendapatan dan sebagainya,
sila hubungi :-

Pejabat 04 7331 740

Pengiraan Zakat
Ust. Mohd Fahmi smb 225
Ust. Suraidi smb 132
Ust. Juhan Mokhrij smb 221

Penyata Zakat Tahunan
Pn. Maisaroh smb 117
Pn. Faziana smb 122
Pn. Muniroh smb 100

Semakan dan perubahan alamat juga boleh dibuat bagi mengemaskini maklumat pembayar zakat.

Perbankan Internet


KWSP Print E-mail

 

Fatwa mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darulaman berhubung dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:

"Setelah berbincang Jawantankuasa berpendapat Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala diketahui menurut penyata tahunan cukup nisabnya dan genap haulnya di keluarkan zakatnya.Oleh kerana menurut peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seseorang itu tiada boleh mengeluarkan wangya melainkan bila umur pekerja 50 tahun iaitu untuk pengeluaran kadar 1/3 dan kesemuanya bila umur pekerja mencapai 55 tahun.Maka bolehlah dikeluarkan zakatnya pada masa terima wang simpanannya itu dikira dari tarikh mula wang simpanan itu genap haul beserta dengan cukup hisabnya."

Bil. (86) dlm. Agama (KEDAH) P 83/3/1/2/3 Bertarikh 11 Febuari 1985


Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP :

Milik SempurnaBersama pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika pencaruman mengeluarkan wang tersebut (samada ketika bersara atau membeli rumah). Kadarnya ialah 2.5%.
Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5%
Milik Tidak SempurnaMengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syarat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadar zakatnya adalah 2.5%.
 
Share |

Nisab Emas 85 gm

Jam Anda

[ Waktu Pejabat ]

Ahad-Rabu : 8.00 pg - 5.00 ptg
Khamis       : 8.00 pg - 3.30 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Waktu Solat

Undian

Maklumat tentang zakat,anda dapatkan daripada mana ?