[ Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan & Penafian ]

Informasi

Perhatian !
Pembayar-pembayar zakat yang mahu kemaskini butiran sila isikan Borang Kemaskini Pembayar.

Dapatkan borang di bahagian Download atau klik disini


Untuk makluman pembayar zakat pendapatan secara potongan gaji.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan zakat pendapatan dan sebagainya,
sila hubungi :-

Pejabat 04 7331 740

Pengiraan Zakat
Ust. Mohd Fahmi smb 225
Ust. Suraidi smb 132
Ust. Juhan Mokhrij smb 221

Penyata Zakat Tahunan
Pn. Maisaroh smb 117
Pn. Faziana smb 122
Pn. Muniroh smb 100

Semakan dan perubahan alamat juga boleh dibuat bagi mengemaskini maklumat pembayar zakat.

Perbankan Internet


Ternakan Print E-mail
Zakat ternakan ialah zakat yang dikenakan ke atas binatang-binatang yang diternak daripada jenis lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta apabila sempurna syarat-syaratnya.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah saw telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku daripada setiap 48 ekor lembu, 1 ekor lembu musinnah** (seekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi'* atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."

(Riwayat Ibu Majah)

Syarat Zakat Ternakan:-

1. Syarat diwajibkan zakat ke atas binatang-binatang ternakan ialah "Saaimah" ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas.

2. Binatang -binatang yang dipelihara bagi tujuan membantu kerja seperti lembu yang dipelihara untuk mengangkat barang-barang atau untuk membajak sawah tidak diwajibkan zakat.

3. Nisab hendaklah berkekalan di sepanjang haul.

4. Nisab zakat lembu ialah 30 ekor dan kambing 40 ekor.

5. Tidak dikenakan zakat bagi bilangan yang lebih daripada kadar nisab yang pertama tetapi belum sampai kadar yang kedua. Begitulah seterusnya.

Kiraan Zakat Ternakan Lembu/Kerbau

Kadar Nisab                                 Kadar Zakat
Bilangan (ekor) BilanganJantina Umur
30-391 ekor Jantan1 tahun lebih *
40-591 ekor Betina2 tahun lebih *
60-692 ekor Jantan1 tahun lebih *
70-791 ekor dan 1ekorJantan Dan Betina 1 tahun lebih *dan 2 tahun lebih *
80-892 ekor Betina2 tahun lebih *
90-993 ekor Jantan1 tahun lebih *
100-1092 ekor dan 1 ekor Jantan Dan Betina 1 tahun lebih * dan 2 tahun lebih *
110-1192 ekor Jantan1 tahun lebih *
120- ke atas 3 ekor atau 4 ekor Betina atau Jantan 2 tahun lebih * atau 1 tahun lebih *


Panduan:

  1. Apabila bilangan itu lebih daripada yang di nyatakan diatas maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur
    1 tahun.Bagi setiap 40 ekor lembu di wajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.
  2. Tetapi jika ternakan bercampur,maka zakatnya terserah kepada pembayar sama ada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada peliharaan itu.
    Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.

Nota : *   Tabi` : Lembu jantan berumur 1 tahun lebih
          ** Musinnah : Lembu betina berumur 2 tahun lebih

Kiraan Zakat Ternakan Kambing/Biri-Biri

Kadar Nisab                         Kadar Zakat
Bilangan (ekor) BilanganJantinaUmur
40-1201 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing

Jantan/Betina

Jantan/ Betina

1 tahun

2 tahun

121-2002 ekor kambing biri-biri atau 2 ekor kambing Jantan/Betina1 tahun
201-3993 ekor kambing biri-biri atau 3 ekor kambing Jantan/Betina

Jantan/Betina

1 tahun

2 tahun

Penambahan
seterusnya:
Setiap 100 ekor

1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor kambing Jantan/Betina

Jantan/Betina
2 tahun


Panduan:

  1. Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya di tambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.
  2. Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus di keluarkan yang jantan sebagai zakat,
    tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.
  3. Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab,bolehlah dikeluarkan
    zakat mengikut plihan tuannya sama ada kambing atau biri-biri.

 
Share |

Nisab Emas 85 gm

Jam Anda

[ Waktu Pejabat ]

Ahad-Rabu : 8.00 pg - 5.00 ptg
Khamis       : 8.00 pg - 3.30 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Waktu Solat

Undian

Maklumat tentang zakat,anda dapatkan daripada mana ?