[ Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan & Penafian ]

Asnaf Terbela

PUSBA
Warga Emas

Informasi

Borang IPT Online penuntut-penuntut di Mesir,Syiria
dan Jordan bagi sesi 2010/2011 akan di buka mulai 02 September
2010
hingga 03 November 2010.


Pembayar-pembayar zakat yang mahu kemaskini butiran sila isikan Borang Kemaskini Pembayar.

Dapatkan borang di bahagian Download atau klik disini


Untuk makluman pembayar zakat pendapatan secara potongan gaji.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan zakat pendapatan dan sebagainya,
sila hubungi :-

04 7331 740

Pengiraan Zakat
Ust. Mohd Fahmi smb 225
Ust. Suraidi smb 225
Ust. Juhan Mokhrij smb 221
Ust. Dandrawi smb 223
Ust. Wan Dzulfaizie smb 223


Penyata Zakat Tahunan
Pn Maisaroh smb 117
Pn. Faziana smb 122
Pn. Dayana smb 118
Cik Amira smb 118


Semakan dan perubahan alamat juga boleh dibuat bagi mengemaskini maklumat pembayar zakat.

Log Masuk



Print E-mail
Pada suatu ketika dulu,banyak aduan dibuat berkaitan pembayaran zakat.Tidak kurang juga rintihan fakir miskin yang merasa di tindas dan memerlukan pertolongan. Ini adalah kerana ada golongan yang tidak mahu mengeluarkan zakat serta memberi zakat kepada golongan yang tidak sepatutnya.Maka berita ini sampai kepada Syeikul Islam Negeri Kedah iaitu Tuan Sheikh Wan Sulaiman Bin Wan Sidek.

KDYMM Tuanku Rajen Tuanku Mahmud
Lantaran itu,beliau pun mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Rajen(Pemangku Raja),Al Marhum Tuanku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin. Beliau Berpendapat,Ketua Negara sebagai pemerintah harus mengutip zakat seperti di zaman Rasullullah dan Khulafa' Al Rasyidin.Oleh itu,Al Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mahmud menitahkan tiga orang ulama' terkenal untuk menggubal rang undang-undang berkaitan zakat.


Tuan Sheikh Wan Sulaiaman Bin Wan Sidek




Tuan Haji Ismail Bin Salleh


Tuan Haji Abdul Ghani Bin Hamzah Assaiburi

Ulama'-ulama' itu terdiri daripada Tuan Haji Ismail Bin Salleh,Kadi Besar Negeri Kedah ;Tuan Haji Yaakob Bin Haji Ahmad,Kadi Daerah Padang Terap dan Tuan Haji Abdul Ghani Bin Hamzah Assaiburi,Kadi Daerah Kota Setar.Mereka kemudiannya menerbitkan satu notis penerangan berkenaan zakat iaitu I'lan An Nasihah Min Khusus Az Zakat yang diedar dan ditampal di serata tempat di negeri Kedah.

Pada tahun 1955,undang- undang zakat negeri kedah di kenali sebagai Enakmen Zakat Tahun 1374 (1955) di laksanakan atas perkenan KeBawah Duli Yang Mulia Al Marhum Sultan Badlishah Ibni Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.



Tuan Haji Yaakob Bin Haji Ahmad

Antara Pindaan Enakmen Zakat:
  1. Pada 01 Januari 1957,dibuat pindaan perkataan "Komiti" di tukar kepada "Jawatankuasa Zakat".
  2. Pada 12 Disember 1961,dibuat pindaan Kutipan Zakat dari 4/8 kepada 8/8
  3. Pada 24 Jun 1975,dibuat pindaan perkataan "Rial" diganti dengan perkataan"Wang".
  4. Pada 27 November 1977,dibuat pindaan ke atas hukuman di bawah peraturan zakat dari denda RM 100 atau penjara tidak lebih 6 bulan kepada RM 5,000 atau penjara tidak lebih dari 3 tahun.
  5. Pada 10 April 1988,ditambah seksyen 10 hingga 25 kepada Enakmen Zakat iaitu mengenai peruntukan kontrak-kontrak yang hendak dibuat oleh Jawatankuasa Zakat.
  6. Pada 16 April 1997,beberapa pindaan telah dibuat.Antaranya:-
    -Nama Undang-undang Zakat dipinda kepada Enakmen Zakat.
    -Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja,pegawai-pegawai, penyelia-penyelia zakat,pekerja-pekerja Jabatan Zakat dan amil-amil disifatkan sebagai Pegawai Awam.


    [nota: klik pada gambar untuk besarkan]
 
 
Share |

Nisab Emas 85 gm

Jam Anda

[ Waktu Pejabat Ramadhan]

Ahad-Rabu : 8.00 pg - 4.30 ptg
Khamis       : 8.00 pg - 3.30 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Waktu Solat

Undian

Perubahan layout website zakatkedah ?