[ Terma & Syarat | Privasi | Keselamatan & Penafian ]

Informasi

Pembayar-pembayar zakat yang mahu kemaskini butiran sila isikan Borang Kemaskini Pembayar.

Dapatkan borang di bahagian Download atau klik disini


Untuk makluman pembayar zakat pendapatan secara potongan gaji.
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan zakat pendapatan dan sebagainya,
sila hubungi :-

04 7331 740

Pengiraan Zakat
Ust. Mohd Fahmi smb 225
Ust. Suraidi smb 225
Ust. Juhan Mokhrij smb 221
Ust. Dandrawi smb 223
Ust. Wan Dzulfaizie smb 223


Penyata Zakat Tahunan
Pn. Maisaroh smb 117
Pn. Faziana smb 122
Pn. Dayana smb 118
Pn. Amira smb 118


Semakan dan perubahan alamat juga boleh dibuat bagi mengemaskini maklumat pembayar zakat.
Print E-mail

Sejarah Penubuhan
Sejarah penubuhan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) bermula apabila satu jawatankuasa bagi menangani gejala murtad dikalangan saudara baru telah membuat resolusi dengan mencadangkan satu pusat khusus diwujudkan bagi memberi pendidikan tentang ajaran Islam kepada saudara baru.

Mesyuarat Majlis telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 1999. Mesyuarat Majlis juga telah melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA bagi melicinkan perjalanan pentadbiran PUSBA.

Pada tahun 1999 hingga bulan September 2005, operasi pentadbiran PUSBA telah ditempatkan dibangunan kepunyaan Masjid Sultan Muzaffar Shah dan 2 kuarters bersebelahan dengan masjid tersebut telah dijadikan sebagai asrama peserta lelaki dan perempuan, serta satu ruang dijadikan pejabat pentadbiran dan bilik kuliah untuk pengajian.

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah meluluskan sebidang tanah seluas 1.6 hektar di Lot 2, Mukim Sungai Petani yang bersebelahan dengan Kem 6 Briged, Jalan Pegawai, Sungai Petani sebagai tapak tetap PUSBA. Projek pembinaan bangunan baru PUSBA ini telah bermula pada 21 April 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 14 Mei 2005 dengan kos sebanyak RM 3, 226, 721.70 yang menggunakan peruntukkan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

Bangunan merangkumi asrama lelaki, asrama perempuan, dewan dan bilik-bilik kuliah, dewan makan serta surau. Selain kos pembinaan bangunan tersebut, Jabatan Zakat Negeri Kedah juga turut membiayai perbelanjaan dan kos operasi PUSBA termasuk pembiayaan kos peserta-peserta kursus, kakitangan pengurusan dan tenaga pengajar di PUSBA.

Pada bulan Oktober 2005, pentadbiran PUSBA telah berpindah ke bangunan baru tersebut.

Bangunan baru mempunyai :
4 buah bilik kuliah.16 buah bilik asrama.
Perpustakaan.Dewan makan.
2 buah rumah warden.Pejabat kakitangan.
Dewan serbaguna.Dewan mesyuarat.
Pejabat pengetua.Bilik reakrasi.

Bangunan Surau:
Dapat memuatkan 200 orang jemaah dalam satu masa.

Pada tahun 2007, nama Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) telah ditukarkan kepada Pusat Bimbingan Islam (PUSBA). Logo yang digunakan oleh PUSBA adalah berkonsepkan Pucuk Rebung.

Pada 12 Ogos 2008, KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman telah perkenan merasmikan Pusat Bimbingan Islam (PUSBA) yang kini dikenali sebagai Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA).


PESERTA PUSBA :-

Jumlah peserta yang telah mengikuti kursus di PUSBA sehingga kini adalah seramai 1, 279 orang.

Kapasiti peserta PUSBA dalam satu masa adalah sebanyak 120 orang. Peserta yang sedang mengikuti pengajian di PUSBA pada masa kini adalah seramai 80 orang.

Antara kaum yang mengikuti kursus di PUSBA ialah Cina, India, Indonesia, Kemboja, Thai, Iban, Murut, Bidayuh, Asli, Bajau, dan lain-lain.

Matlamat Utama PUSBA


i.Melatih saudara-saudara baru mengikut acuan dan suasana Islam yang sebenar.
ii.Mengkader pendakwah-pendakwah di kalangan saudara-saudara baru.
iii.Menjaga dan menunaikan tanggungajawab kebajikan, keselamatan, pertolongan serta bantuan kepada saudara baru.

Piagam PUSBA
1. Menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu khususnya saudara baru dan semua golongan yang ingin mengetahui dan memahami Islam dengan lebih dekat dan mendalam

2. Komited dalam memberi bimbingan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru, saudara baru yang memeluk Islam, kemantapan dan kefahaman serta penghayatan Islam kepada saudara baru yang telah lama memeluk Islam

3. Sentiasa memastikan kebajikan sadara baru dari sudut sosial, ekonomi dan pendidikan terjamin

4. Bersedia menghulurkan bantuan kepada saudara baru dalam menangani dan mengatasi setiap masalah yang dihadapi saudara baru

5. Menjalankan kajian dan penyelidikan serta mengenalpasti faktor-faktor penyumbang kepada gejala murtad samada yang berlaku dikalangan saudara baru ataupun orang Islam asal dan mencari kaedah terbaik menangani masalah tersebut

6. Melatih dan membimbing saudara baru untuk menjadi kadir-kadir dakwah dalam menyebarkan Islam kepada golongan dan sasaran tertentu

Fungsi PUSBA
1.Menyediakan program pengajian/kuliah secara bulanan dan mingguan kepada Saudara Baru

2. Memberi bimbingan dan nasihat kepada Saudara Baru yang baru memeluk Islam, serta pemantapan kefahaman dan penghayatan Islam secara lebih dekat dan mendalam

3. Menganjur dan menyediakan program-program dan aktiviti-aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada individu dan masyarakat yang ingin mengetahui Islam secara lebih dekat dan mendalam

4. Memantau dan mengawasi perkembangan Saudara Baru yang telah tamat kursus dari masa ke semasa

5. Berperanan membimbing dan melatih bakal-bakal pendakwah dikalangan Saudara Baru khususnya dan orang Islam amnya mengenai kaedah dan tatacara menyebarkan Islam dikalangan bukan Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa

6. Berperanan untuk membendung daripada berlakunya gejala murtad dikalangan Saudara Baru

Dalam merealisasikan objektif yang telah digariskan, PUSBA telah menyediakan kurus intensif selama tiga bulan, kursus mingguan pada setiap hari Ahad dan kursus khas untuk kumpulan atau jabatan yang mempunyai kakitangan saudara baru. Selain itu, pusat ini turut mengadakan kursus mingguan di cawangannya di Masjid Kilang Lama, Kulim dan Rumah Sri Kenangan, Bedong.

Jabatan Zakat Negeri Kedah turut memperuntukan saguhati bantuan permulaan memeluk Islam kepada saudara baru sebanyak RM 500.00 seorang. Selain itu, Jabatan ini juga turut menanggung kos berkhatan bagi mereka. Saudara-saudara baru ini juga akan ditempatkan di PUSBA untuk sesi tempoh latihan dan bimbingan selama tiga bulan.

KELAYAKAN MEMASUKI PUSBA

JADUAL WAKTU
 Kelas Pengajian Mingguan Daerah Kulim
 Kursus Intensif 3 Bulan
 Kelas Pengajian Mingguan
 Kelas Pengajian Rumah Seri Kenangan
HUBUNGI KAMI

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak PUSBA di alamat berikut :

Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA)
Jalan Pegawai,
08000, Sungai Petani Kedah.
Tel : 04 425 8561
Faks : 04 425 8226

Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Mukhtaruddin Bin Ishak
Pengetua
Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA)
 
Share |

Nisab Emas 85 gm

Jam Anda

[ Waktu Pejabat]

Ahad-Rabu : 8.00 pg - 5.00 ptg
Khamis       : 8.00 pg - 3.30 ptg

Rehat : 1.00 ptg - 2.00 ptg

Waktu Solat

Undian

Adakah anda berpuas hati terhadap layanan staff di kaunter zakat ?