Kha 10 Jun 2010 |
|
SEMINAR KECEMERLANGAN BERSAMA PELANGGAN KORPORAT |
|
|
|
Program Semasa
|
|
Di Sediakan Oleh Siti Mariam
|
|
| | 
JITRA - 10 JUN 2010
Bahagian Korporat , Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mengadakan satu seminar yang dinamakan Seminar Kecemerlangan Bersama Pelanggan Korporat di Hotel Bustani, Jitra kepada pelanggan- pelanggan syarikat korporat . Seminar tersebut telah mengambil masa sehari suntuk bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang telah membariskan tiga orang penceramah yang terdiri dari Eksekutif Zakat sendiri dan fasilitator luar.
|
|
Selanjutnya...
|
Isn 07 Jun 2010 |
|
PPK CHANGLUN TUNAI ZAKAT |
|
|
|
Berita Kutipan
|
|
Di Sediakan Oleh Siti Mariam
|
|
| | 
JITRA,7 Jun 2010 Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu telah menerima cek zakat perniagaan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun berjumlah RM 39,291.50 . Penyerahan cek zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 tersebut disampaikan oleh Pengerusi PPK Changlun kepada Pegawai Zakat Daerah, Tn Hj Logman Bin Hj Husain yang di saksikan oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Encik Abd Nasir Bin Hassan serta ahli perwakilan mesyuarat PPK Changlun. |
|
Selanjutnya...
|
|
Isn 24 Mei 2010 |
|
REMAJA KURANG UPAYA TERIMA KERUSI RODA |
|
|
|
Berita Agihan
|
|
Di Sediakan Oleh Siti Mariam
|
|
| | 
ALOR SETAR, 24 MEI 2010
Lumpuh sejak lahir. Begitulah nasib yang dialami oleh adik Nur Shuhada binti Mohd Dahalan. Setelah 13 tahun menderita akhirnya terukir bibit-bibit senyuman diwajah beliau setelah menerima sumbangan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah berupa sebuah kerusi roda bernilai RM2,400.00.
|
|
Selanjutnya...
|
Kha 20 Mei 2010 |
|
BANK ISLAM SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM600,000.00 |
|
|
|
Berita Kutipan
|
|
Di Sediakan Oleh Siti Mariam
|
|
| | 
Kuala Lumpur – 20 Mei 2010
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) telah menerima cek zakat perniagaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad berjumlah RM600,000.00 dalam Majlis Peyerahan Zakat Perniagaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri di 13 buah negeri pada 20 Mei 2010.
|
|
Selanjutnya...
|
|
Jum 21 Mei 2010 |
|
KARNIVAL AMAL HARI PENYAYANG YAYASAN SULTANAH BAHIYAH |
|
|
|
Program Semasa
|
|
Di Sediakan Oleh Siti Mariam
|
|
| | 
Alor Setar - 21 Mei 2010
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman telah dijemput untuk membuka kaunter bagi menjayakan Pameran Kerjaya Dan Akademik sempena Karnival Amal Hari Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah yang telah bermula pada 08.00 pagi – 06.00 petang di samping menyedarkan orang ramai tentang tentang kepentingan zakat dalam kehidupan sebagai umat Islam hari ini. Seramai 12 kakitangan JZNK telah bertugas bagi menjayakan pameran tersebut yang diadakan selama dua hari berturut-turut yang diketuai oleh En. Mohd Fitri B. Mansor selaku pegawai korporat dan ketua petugas pada hari tersebut .
|
|
Selanjutnya...
|
Isn 03 Mei 2010 |
|
SK SELAMA KEDAH TERIMA MESIN FOTOSTAT |
|
|
|
Berita Agihan
|
|
Di Sediakan Oleh Siti Mariam
|
|
| |  Bandar Baharu,03 Mei 2010 -
Majlis penyampaian bantuan sebuah mesin fotostat kepada Kelas Pendidikan Khas Integrasi SK Selama Kedah telah berlangsung di Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsan Selama Daerah Bandar Baharu Kedah.
Menurut Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu - En. Mohd Khalil Bin Mohd Zain, bantuan ini telah dipohon oleh pihak sekolah atas tujuan banyak peralatan dan kemudahan belum dilengkapi terutama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran disamping itu juga penggunaannya sangat penting didalam kelas tersebut iaitu bagi menjalankan projek keusahawanan Pendidikan Khas iaitu perkhidmatan fotostat.
|
|
Selanjutnya...
|
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 Seterusnya > Tamat >>
|