PPK CHANGLUN TUNAI ZAKAT Print
Berita Kutipan
Di Sediakan Oleh Siti Mariam   

changlun2

JITRA,7 Jun 2010

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu telah menerima cek zakat perniagaan dari Pertubuhan Peladang Kawasan Changlun berjumlah RM 39,291.50 . Penyerahan cek zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 tersebut disampaikan oleh Pengerusi PPK Changlun kepada Pegawai Zakat Daerah, Tn Hj Logman Bin Hj Husain yang di saksikan oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Encik Abd Nasir Bin Hassan serta ahli perwakilan mesyuarat PPK Changlun.

Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Sri Angsana 2 & 3, Executive Development Centre (EDC), Universiti Utara Malaysia dalam satu Majlis Mesyuarat Agong Tahunan PPK Changlun. Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul AmanĀ  merakamkan setinggi penghargaan di atas penyerahan zakat perniagaan ini dan mudah-mudahan segala kewajipan yang telah ditunaikan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
 
Share |