| PPK H-II TENAGA BARU TUNAI ZAKAT |
|
| Berita Kutipan |
| Di Sediakan Oleh Siti Mariam |
|
JITRA, 20 Julai 2010 Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu telah menerima cek zakat perniagaan dari Pertubuhan Peladang Kawasan H-II Tenaga Baru, Kepala Batas berjumlah RM 38,035.07. Penyerahan cek zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi PPK H-II Tenaga Baru, Kepala Batas, En Saidin Bin Omar kepada Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Tuan Haji Logman Bin Haji Husain yang disaksikan oleh Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan H-II Tenaga Baru, Kepala Batas serta ahli perwakilan mesyuarat PPK.
Majlis tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan H-II Tenaga Baru dalam satu Majlis Mesyuarat Agong Tahunan PPK H-II Tenaga Baru, Kepala Batas. Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas penyerahan zakat perniagaan ini dan mudah-mudahan segala kewajipan yang telah ditunaikan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. |