|
| PUSAT BIMBINGAN DAN LATIHAN SAUDARA BARU (PUSBA) |

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman telah memperuntukan RM 3.16 juta bagi membina sebuah bangunan tiga tingkat dan sebuah surau untuk PUSBA di Sungai Petani. Bangunan merangkumi asrama lelaki, asrama perempuan, dewan dan bilik-bilik kuliah, dewan makan serta surau. Selain kos pembinaan bangunan tersebut, JZNK juga turut membiayai perbelanjaan dan kos operasi PUSBA termasuk pembiayaan kos peserta-peserta kursus, kakitangan pengurusan dan tenaga pengajar di PUSBA.

Bangunan baru mempunyai :
| 4 buah bilik kuliah. |
16 buah bilik asrama. |
| Perpustakaan. |
Dewan makan. |
| 2 buah rumah warden. |
Pejabat kakitangan. |
| Dewan serbaguna. |
Dewan mesyuarat. |
| Pejabat pengetua. |
Bilik rekriasi. |
Bangunan Surau:
Dapat memuatkan 200 orang jemaah dalam satu masa.
PUSBA telah ditubuhkan pada 8 Mac 1998 dan mula beroperasi pada 1 April 1999. Pusat yang dinaungi sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah ini, ditubuhkan dengan tiga matlamat utama: |
| i. |
Melatih saudara-saudara baru mengikut acuan dan suasana Islam yang sebenar. |
| ii. |
Mengkader pendakwah-pendakwah di kalangan saudara-saudara baru. |
| iii. |
Menjaga dan menunaikan tanggungajawab kebajikan, keselamatan, pertolongan serta bantuan kepada saudara baru. |
Dalam merealisasikan objektif yang telah digariskan, PUSBA telah menyediakan kurus intensif selama tiga bulan, kursus mingguan pada setiap hari Ahad dan kursus khas untuk kumpulan atau jabatan yang mempunyai kakitangan saudara baru. Selain itu, pusat ini turut mengadakan kursus mingguan di cawangannya di Masjid Kilang Lama, Kulim dan Rumah Sri Kenangan, Bedong.
Jabatan Zakat Negeri Kedah turut memperuntukan saguhati bantuan permulaan memeluk Islam kepada saudara baru sebanyak RM 500.00 seorang. Selain itu, Jabatan ini juga turut menanggung kos berkhatan bagi mereka. Saudara-saudara baru ini juga akan ditempatkan di PUSBA untuk sesi tempoh latihan dan bimbingan selama tiga bulan.
|
|
|
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak PUSBA di alamat berikut :
Alamat:
PUSBA, Masjid Sultan Muzaffar Shah
Jalan Kolam Air 08000, Sungai Petani Kedah.
Tel / Fax: 04-4258561
|
Mukhtaruddin Bin Ishak
Pengetua,
Pusat Bimbingan Dan Latihan Saudara Baru,
Negeri Kedah Darul Aman |
|
|
|
|