Selamat Datang Ke Portal Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman    
      

















  TAZKIRAH
FIDYAH PUASA



[183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

[184] (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

PENGENALAN

Jabatan Zakat Negeri Kedah menerima wang fidyah yang dibayar oleh umat islam. wang ini akan digunakan untuk membeli beras dan kemudiannya akan di agihkan kepada asnaf fakir dan asnaf miskin yang memerlukan.

Wang fidyah tidak sama dengan zakat dan Jabatan Zakat TIDAK AKAN MENGELUARKAN APA-APA RESIT berkaitan pembayaran. Jabatan Zakat hanya membantu umat islam dalam menyempurnakan rukun Islam keempat iaitu Ibadah Puasa.

Hukum Orang yang Meninggalkan Puasa

Wajib Qada
- Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
- Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau bepergian jauh (musafir) kira-kira 81 km.
- Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
- Orang yang sedang haidh atau nifas.
- Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
- Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah
- Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
- Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain. Lewat qadha puasa : Jika lewat qadha puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha puasa itu.

Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah
- Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
- Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

KLIK DISINI PENGIRAAN FIDYAH PUASA



Harga emas semasa sebanyak 85
gram untuk nisab zakat:

RM 7,874.92

TUNAIKAN ZAKAT ANDA
klik disini:nisab terdahulu(PDF)
Tanggungjawab Amil Dan Kepentingan Kepada Institusi Zakat
Fidyah Puasa
Zakat Sumber Kewangan Utama Dalam Islam
Zakat Bank dan Syarikat-Syarikat

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman Aras 3, Menara Zakat, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Tel: 04-7331740, 7316335, 7316453, 7316421
Fax: 04-731 6280
Email: info@zakatkedah.com

İHAK CIPTA TERPELIHARA 2008 JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
This site is best viewed with IE 7.0 in 800 × 600 screen resolution.