|
TANGGUNGJAWAB AMIL DAN KEPENTINGAN KEPADA INSTITUSI ZAKAT
Amil Zakat - Pendahuluan
Terdapat lapan golongan yang berhak menerima zakat atau fitrah yang disebut oleh Allah didalam Al Quran seperti ayat 60 surah At-Taubah yang berbunyi:

60. Sesungguhnya zakat˛ itu, hanya untuk orang˛ fakir, orang˛ miskin, pengurus˛ zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang˛ yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana [647].
[647] Yang berhak menerima zakat ialah:
1. Orang fakir: orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya.
2. Orang miskin: orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan kekurangan.
3. Pengurus zakat: orang yang diberikan tugas untuk mengumpulkan dan membahagikan zakat.
4. Muallaf: orang kafir yang ada harapan masuk Islam dan orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah.
5. Memerdekakan budak: mencakup juga untuk melepaskan muslim yang ditawan oleh orang˛ kafir.
6. Orang berhutang: orang yang berhutang kerana untuk kepentingan yang bukan maksiat dan tidak sanggup membayarnya. Adapun orang yang berhutang untuk memelihara persatuan umat Islam dibayar hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia mampu membayarnya.
7. Pada jalan Allah (Fisabilillah): iaitu untuk keperluan pertahanan Islam dan kaum muslimin, Diantara mufasirin ada yang berpendapat bahawa fisabilillah itu mencakup juga kepentingan˛ umum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit dan lain˛.
8. Orang yang sedang dalam perjalanan yang bukan maksiat mengalami kesengseraan dalam perjalanannya.
Dalam nota ringkas ini akan dijelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan golongan ketiga iaitu:
“ Amil ” seperti pada ayat .
Siapakah Amil
Amil ialah kakitangan yang dilantik oleh Sultan atau raja atau pemerintah bagi menguruskan zakat. Dalam kitab-kitab fiqah yang mentabir terdapat sembilan gulongan orang yang dimasukkan dibawah amil iaitu:
i. Sai’ iaitu yang ditugaskan oleh Sultan atau penolongnya bagi memungut atau mengutip zakat.
ii. Katib iaitu yang ditugaskan mencatat atau merekodkan pendapatan zakat yang di selaraskan pada masa kini bahagian perkeranian.
iii. Qasim iaitu yang membuat pengagihan zakat.
iv. Hasyir iaitu yang ditugaskan membanci atau merekod orang yang memiliki harta yang dikenakan zakat atau membuat bancian orang yang sepatutnya membayar zakat.
v. Arif iaitu yang ditugaskan membanci orang yang berhak menerima zakat.
vi. Hasib iaitu orang yang mengira harta zakat yang disebut sekarang ini pegawai atau kerani akauntan.
vii. Hafiz iaitu yang ditugaskan menjaga harta zakat. Buat masa ini mungkin tugas ini tidak ada lagi sebab semua wang zakat disimpan didalam bank.
viii. Jandi iaitu askar yang mengawal harta zakat atau disebut pada masa ini pegawai penguatkuasa.
ix. Jabi iaitu pegawai yang bertindak mengenakan tindakan supaya yang wajib membayar zakat hendaklah ia mengeluarkan zakat.
Selain daripada sembilan gulongan ini pihak yang berkuasa zakat boleh melantik kakitangan lain mngikut yang diperlukan seperti pemandu, jaga, pelayan pejabat atau sebagainya.
|
|
|
|