Selamat Datang Ke Portal Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman    
      

















  TAZKIRAH
Syarat-syarat Amil atau Kakitangan Zakat
Seseorang yang hendak menjawat jawatan amil atau pegawai disyaratkan beberapa syarat antaranya:

i. Seorang faqih iaitu tahu hukum-hukum zakat. Syarat ini sangat dituntut kepada pemungut atau pengutip zakat bagi mempastikan siapakah yang wajib bayar zakat, atau harta yang sebagaimana dikenakan zakat atau berapalah zakat dikenakan, nisabnya atau haulnya.
ii. Islam orang bukan Islam boleh dialntik bagi tugas-tugas tertentu seperti pemandu van, pemandu lori untuk membawa harta zakat atau lain-lain mengikut yang sesuai.
iii. Akal ( berakal ).
iv. Baligh.
v. Merdeka.
vi. Adil : Syarat ini sangat-sangat diperlukan kepada pengutip dan pembahagi zakat supaya tidak menyalahgunakan kuasa dalam mengutip atau membahagi zakat kepada asnaf yang berhak menerimanya.
vii. Seorang yang mendengar.
viii. Seorang yang melihat.

* Gulongan amil dan syarat-syarat ini dipetik dari Kitab Sabilul Muhtadin Juzuk ke 2 muka surat 116.



Gaji Amil Atau Kakitangan Zakat
Gaji amil atau kakitangan zakat adalah dibayar dari bahagian satu perlapan (1/8) dari hasil kutipan zakat iaitu peruntukan amil dalam asnaf zakat. Sekiranya bahagian amil ini tidak mencukupi untuk membayar gaji kakitangan zakat maka pembayarannya hendaklah diambil dari Baitulmal. Ini adalah berdasarkan pendapat Mujahid dan Imam Al Shafie.

Tetapi mengikut pendapat Imam Ibni Hanifah dan Imam Malik masih boleh dibayar dari hasil zakat yang bukan asnaf amil sekiranya pendapatan dari amil tidak mencukupi.

Dalam satu pendapat lain Imam Malik menjelaskan bahawa terserah kepada Sultan untuk menentukan termasuk menentukan kadar bayaran kepada amil atau kakitangan zakat.

Amil dibayar dari sumber zakat walaupun ia seorang kaya kerana pembayaran kepadanya adalah sebagai upah di atas kerjanya, ini berdasarkan sebuah Hadis riwayat Ibni Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda “

Perlu diingatkan bahawa amil atau kakitangan zakat yang menerima gaji atau pembayaran atas tugasnya sebagai amil maka ia tidak harus ertinya haram menerima zakat untuk dirinya sendiri atas sifatnya amil kerana semua kutipan yang ia terima hendaklah diserah kepada Jabatan Zakat.


Harga emas semasa sebanyak 85
gram untuk nisab zakat:

RM 7,345.40

TUNAIKAN ZAKAT ANDA
klik disini:nisab terdahulu(PDF)
Tanggungjawab Amil Dan Kepentingan Kepada Institusi Zakat
Fidyah Puasa
Zakat Sumber Kewangan Utama Dalam Islam
Zakat Bank dan Syarikat-Syarikat

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman Aras 3, Menara Zakat, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Tel: 04-7331740, 7316335, 7316453, 7316421
Fax: 04-731 6280
Email: info@zakatkedah.com

©HAK CIPTA TERPELIHARA 2008 JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
This site is best viewed with IE 7.0 in 800 × 600 screen resolution.