Selamat Datang Ke Portal Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman    
      

















  TAZKIRAH
Tanggungjawab Amil/Kakitangan Zakat
Suasana pengurusan zakat hari ini mungkin berbeza dengan pengurusan zakat pada zaman silam terutama pada zaman Rasulullah s.a.w. atau zaman Khulafa’ Al-Rashidin dimana polisi zakat adalah terletak sepenuhnya pada tangan Baginda Rasulullah dan Khulafa’ dan tidak banyak peraturan bertulis disediakan.

Tetapi buat masa ini semua peraturan ditulis dan dijadikan peraturan atau undang-undang bagi memudahkan pengurusan zakat dilaksanakan. Maka dengan peraturan ini setiap amil zakat atau kakitangan zakat hendaklah melaksanakan kerjanya berdasarkan peraturan tersebut.yang membuat bancian orang-orang yang wajib membayar zakat mestilah melakukan bancian secara yang betul dan tepat supaya tidak ada yang wajib membayar zakat terlepas pandang daripada banciannya dan jangan pula memandang orang berdasarkan keluarga atau suku sakat seperti keluarganya tidak dimasukkan dalam bancian atau sebagainya, perbuatan seperti ini adalah salah dari segi hukum Islam.

Lebih-lebih lagi yang kena melaksanakan tugas dengan cara yang paling adil ialah yang membanci orang-orang yang berhak menerima zakat. Dalam menentukan penerima zakat ini tidak ada bahasa : Orang ini geng kita orang ini bukan geng kita, yang ini dari kumpulan saya, yang ini bukan kumpulan saya. Apa yang penting ialah siapa yang layak menerima zakat maka ia hendaklah dimasukkan dalam senarai penerima walau ia pernah bermusuh dengan kita atau ia bukan keluarga kita.

Ingatlah bahawa harta zakat bukan hak kita, bukan juga hak Jawsatankuasa Zakat tetapi ia adalah hak Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita atau kepada Jawatankuasa Zakat untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf yang disebut oleh Allah didalam Al Quran seperti ayat 60 surah At-Taubah itu.

Sebarang penyelewengan dalam pengagihan harta zakat ini ertinya telah melakukan penghayatan kepada asnaf yang sepatutnya terutamanya golongan fakir miskin.

Dengan ini adalah diingatkan kepada amil yang membuat bancian penerima zakat ini terutama golongan fakir supaya tidak memandang keroni atau kumpulan semua mereka dalam hak menerima zakat adalah sama.

Dalam zaman moden ini, permohonan zakat adalah melalui borang yang disediakan oleh jabatan zakat atau pusat pungutan zakat, maka dalam memberi borang ini semua mereka yang layak. Sepatutnya mendapat borang ini apabila mereka memohon, jangan ada pemberian borang ini kepada sebahagian dan tidak memberi kepada sebahagian yang lain atas perkiraan kumpulan atau geng tadi. Sebarang penyelewengan kepada pemberian borang ini adalah bertanggungjawab dihadapan Allah s.w.t.

Di Kedah biasanya borang- borang ini setelah diisi oleh pemohon akan diserah kepada Imam-Imam masjid dalam koriah dimana pemohon itu tinggal atau diserah kepada penyelia zakat, zakat kawasan untuk disahkan oleh tuan Imam atau penyelia kawasan bahawa pemohon itu layak atau tidak layak.

Mana-mana Imam atau penyelia kawasan yang mengesahkan sebagai layak kepada pemohon yang tidak layak atau mencatatkan tidak layak kepada pemohon yang layak atas perkiraan keluarga atau geng tadi maka ia dikiara sebagai mengkianati amanah zakat dan berdosa disisi Allah s.w.t.

Adalah di harapkan sangat-sangat kepada semua amil ini supaya melaksanakan tugas dengan patuh, amanah dan jujur kerana Allah semata-mata supaya kita tidak dipersoalkan oleh Allah di hari akhirat kelak dan supaya kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang munafik yang di sebut oleh Rasullulah s.w.t. “ Yang bermaksud “ tanda-tanda munafik itu tiga, apabila bercakap di dusta, apabila di amanahkan kianati atau belot, apabila berkelahi berputus arang atau banyak hadis-hadis lain yang mengingatkan ciri-ciri munafik ini yang perlu kita jauhi.

Kerja amil adalah satu amanah, amanah dari Allah dan amanah dari masyarakat. Setiap amanah yang akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah sekiranya kita laksanakan dengan baik, patuh, iklas dan jujur dan kerja amil ini lebih merupakan membantu raja di Kedah, membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan juga membantu fakir miskin dan fisabilillah sebaliknya kalau kita tidak melaksanakan dengan ikhlas dan jujur ertinya kita mengkhianati amanah Allah, mengkianati Tuanku Sultan, mengkhianati fakir miskin dan sebagainya dan akan dihukum oleh Allah di dunia dan di akhirat.

Setiap amil ( kakitangan zakat ) sepatutnya tahu hukum hakam yang berkaitan dengan zakat kerana pengeluar zakat akan lebih banyak bertanya perkara-perkara zakat kepada amil-amil ini berapa banyak harta di kenakan zakat ( nisab ) berapa banyak kena bayar, bila kena bayar, apa dia nisab, apa dia haul. Apabila seseorang amil itu tahu hukum hakam ini mdahlah ia menerangkan kepada orang ramai yang menjadi sasaran Jabatan Zakat. Adalah kurang baik apabila ditanya kepada amil atau kakitangan zakat sesuatu perkara yang berkaitan zakat maka jawapan yang diberi : Oh ini kena tanya Dato’ Setiausaha Zakat, atau yang ini kena tanya setiap Ahli Jawatankuasa Zakat. Tetapi kalau masalah-masalah yang rumit yang berkaitan zakat kalau diberi jawabpan secara demikian maka dikira sesuai. Semua maklumat berkaitan hukum hakam zakat yang mudah-mudah ini tidak akan diperolehi melainkan kita belajar samaada secara formal atau tidak formal.

Amil zakat (kakitangan zakat) atau orang lain yang terlibat dengan Jabatan Zakat termasuk Ahli Jawatankuasa Zakat sama seperti kakitangan Jabatan Agama Islam yang lain dalam semua bahagian mestilah menunjukkan kelakuan yang baik samada tingkah laku atau tutur kata kepada masyarakat, kerana kelakuan dan tingkah laku ini akan mempengaruhi masyarakat untuk memberi kerjasama kepada Jabatan Zakat dan ini akan membantu dalam kejayaan Jabatan Zakat dalam operasinya bagi mendapatkan pendapatan yang baik supaya tercapai matlamat yang dirancangkan.

Amil yang ditugas memungut zakat ia tidak berhak menerima zakat untuk dirinya atas nama amil tetapi mungkin ia berhak menerima zakat atas asnaf lain seperti fakir atau miskin sekiranya tidak bercanggah dengan undang-undang zakat. Pernah kedengaran (mungkin tuduhan semata-mata) adalah amil yang memungut zakat dari pengeluar zakat seperti zakat fitrah contohnya dimana pengeluar zakat fitrah itu ada lima orang keluarga yang kena bayar zakat maka amil memungut zakat ambil 3 orang untuk Jabatan Zakat dan dikeluarkan zakat dan dikeluarkan resit atas nama Jabatan Zakat manakala 2 orang lagi untuk dirinya sendiri dan tidak keluar apa-apa resit. Hanya sekian serba sedikit maklumat mengenai amil zakat untuk renungan kakitangan zakat Wallahu’aklam.


Harga emas semasa sebanyak 85
gram untuk nisab zakat:

RM 7,345.40

TUNAIKAN ZAKAT ANDA
klik disini:nisab terdahulu(PDF)
Tanggungjawab Amil Dan Kepentingan Kepada Institusi Zakat
Fidyah Puasa
Zakat Sumber Kewangan Utama Dalam Islam
Zakat Bank dan Syarikat-Syarikat

Jabatan Zakat Negeri Kedah Darulaman Aras 3, Menara Zakat, Jalan Teluk Wanjah, 05200 Alor Setar, Kedah Darulaman.
Tel: 04-7331740, 7316335, 7316453, 7316421
Fax: 04-731 6280
Email: info@zakatkedah.com

©HAK CIPTA TERPELIHARA 2008 JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
This site is best viewed with IE 7.0 in 800 × 600 screen resolution.