Selamat Datang Ke Portal Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman    
      


















  PENEMPATAN WARGA EMAS JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH
Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mendirikan tiga buah penempatan untuk wargatua di bawah asnaf fakir bagi membantu golongan yang tidak mampu lagi menyara diri dan tidak mempunyai tempat untuk bergantung hidup. Penempatan warga emas ini telah diduduki bermula pada pertengahan tahun 2003.



Kesemua penempatan warga emas ini dapat memuatkan 60 orang penghuni di mana setiap penempatan mampu memuatkan 20 orang. Penempatan adalah didirikan di kawasan pengajian sekolah yang mana masih berkonsepkan ‘pengajian pondok’. Pengajian diadakah peringkat umumi dan nidzomi. Kesemua penghuni diwajibkan mengikuti kelas pengajian ilmu agama yang telah ditetapkan oleh tuan guru di penempatan masing-masing.

Penempatan juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air. Disamping itu, para penghuni juga diberi sumbangan bulanan sebagai bantuan untuk keperluan makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas yang lain.

Kesemua mereka melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterima dan berterima kasih atas sumbangan zakat daripada penduduk negeri Kedah. Mereka sentiasa mendoakan agar pembayar zakat terus dirahmati oleh Allah dan menerima rezeki yang melimpah ruah.
  PENEMPATAN - PENEMPATAN



Madrasah Al-Irsyadiah Al-Islamiyah

Kg Ampang Jeneri
08320, Sik
Kedah Darul Aman

Tuan guru:
Ustaz Haji Zakarian Ismail
Madrasah Misbah Al-Falah

Kg Banggul Berangan
Parit Panjang
09200, Baling
Kedah Darul Aman

Tuan guru:
Ustaz Mohd Mokhtar Zuhdi



Maktab Pengajian Islam Kedah

Kg Hutan Palas, Batu 2
Keplu, Jalan Changlon
06100, Kodiang
Kubang Pasu
Kedah Darul Aman

Tuan guru:
Dato’ Syeikh Muhammad Baderuddin Haji Ahmad
Harga emas semasa sebanyak 85
gram untuk nisab zakat:

RM 10,539.00

TUNAIKAN ZAKAT ANDA
klik disini:nisab terdahulu(PDF)


Tanggungjawab Amil Dan Kepentingan Kepada Institusi Zakat
Fidyah Puasa
Zakat Sumber Kewangan Utama Dalam Islam
Zakat Bank dan Syarikat-Syarikat

©2004-2009 JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
This site is best viewed with IE 7.0 in 800 × 600 screen resolution.